Sunday, August 15, 2010

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang beraneka budaya, bahasa, agama, makanan dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh keunikan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya.

Masyarakat Malaysia hidup bersama dengan harmoni. Pelbagai kaum yang berbeza budayanya menggabungkan budaya Malaysia yang unik, seperti perayaan yang berada di Malaysia. Budaya masyarakat Malaysia dapat dilihat melalui perayaan yang disambut oleh kaum tertentu. Perayaan-perayaan dan pelbagai kaum dalam negara kita turut menjadi daya tarikan kepada pelancong dari seluruh pelosok dunia.

Oleh itu, nilai Satu Malaysia telah wujud.

Disediakan oleh:
OOI CHIAN EIK (206209)

HARI RAYA AIDILFITRI


Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah.

Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan selama sebulan.

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini selain lemang, lontong, dodol dan kuih raya.

Disediakan oleh:
Sitti Sabrina Lading (206239)

HARI RAYA AIDILADHA


Hari Raya Aidiladha disambut pada 10 Zulhijjah.

Umat Islam solat sunat 2 rakaat pada pagi hari. Dengan berpakaian baru, kemudian umat Islam berkumpul bersama keluarga dan menjamah juadah. Hidangan seperti ketupat, lemang, rendang, dan kuih-muih turut disediakan.

Kemudian, umat Islam akan keluar ke masjid semula untuk melaksanakan ibadah korban. Disini, lembu, kambing, dan kerbau disembelih. Selepas itu, daging akan dibahagi-bahagikan. Satu pertiga diberi kepada tuan punya, dan selebihnya diberi kepada fakir miskin, jiran-jiran dan semua orang Islam.

Disediakan oleh:
Nurlila Jamil (206306)

MAULIDUR RASUL


-Maulidur rasul merupakan salah satu perayaan yang disambut oleh semua umat islam di seluruh dunia.Tujuan perayaan ini disambut untuk mengingati hari bersejarah bagi umat islam iaitu hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w iaitu utusan Allah ke muka bumi ini bagi memimpin seluruh umat manusia.

-Hari yang mulia ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.Baginda merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah s.w.t.

-Setiap tahun pada hari ini,umat islam akan mengadakan persiapan awal bagi menyambut hari yang mulia ini. Pelbagai majlis turut diadakan semasa menyambut hari kelahiran baginda Rasulullah antaranya ialah majlis selawat,perarakan,berzanji,ceramah-ceramah agama dan sebagainya.

Disedaikan oleh:
NUR ATIKAH (206455)

TAHUN BARU CINA


-Legenda yang membawa kepada perayaan Tahun Baru Cina
-Perayaan terpenting bagi orang cina.
-Rumah orang cina juga dibersihkan dan dihiasikan dengan tanglung kertas berwarna merah.
-Terdapat upacara penyembahan dewa dan nenek moyang untuk menyambut Tahun Baru.
-Jamuan pertemuan semula diadakan pada malam sebelum Tahun Baru untuk makan besama dengan ahli keluarga yang dari jauh.
-Secara tradisi, ang pau atau sampul merah akan diedarkan kepada kanak-kanak semasa Tahun Baru.
-Tarian Singa juga sering diadakan pada Tahun Baru Cina untuk mengusir nasib pusaka jahat.

Disediakan oleh:
LAU YI ZHONG (206307)

PERAYAAN KUIH BULAN


Menurut tradisi, bangsa Mongol tidak makan kuih bulan , maka penasihat pemberontak Zhu Yuan Zhang, meminta izin untuk mengedarkan kuih bulan yang memasukkan kertas bertulis : ” hapuskan Mongol pada 15 hari bulan lapan ” kepada warga kota untuk memohon restu semoga maharaja Mongol panjang umur.

Akhirnya , pemberontak berjaya menyerang pemerintahan mereka.

Semenjak itulah perayaan ini disambut di peringkat kebangsaan dengan hidangan kuih bulan .

Disediakan oleh:
Lock Yoke Mei (206284)

HARI CHING MING


Hari Ching Ming jatuh pada 5 April setiap tahun mengikut kalender Cina.Ching Ming bermaksud jernih dan terang.

Perayaan Ching Ming boleh diamalkan sepuluh hari sebelum 5 April dan sepuluh hari selepas 5 April untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan memberikan penghormatan dan peringatan mereka kepada nenek moyang, ibu bapa dan ahli-ahli keluarga tersayang yang telah meninggal dunia.

Pendek kata, tujuan utama Ching Ming adalah untuk anggota keluarga berkumpul dan mengeratkan tali persaudaraan dan silaturahim mereka sambil mengingati nenek moyang mereka.

Disediakan oleh:
Chin Poh Ling (206210)

HARI DEEPAVALI


Perayaan hari Deepavali merupakan perayaan atau sambutan “ pesta cahaya” yang disambut setiap bulan ke-7 mengikut kalendar Hindu. Perayaan ini disambut oleh penganut agama Hindu diseluruh dunia. Perkataan Deepavali berasal daripada gabungan perkataan antara ‘Dipa’(cahaya) dan ‘Gavali’(barisan).

Di Malaysia, masyarakat Hindu akan memasang pelita disepanjang rumah mereka.Pada pagi hari Deepavali mereka, akan bangun pagi seawal subuh untuk mandi minyak sebagai penyucian badan dan pemberi semangat.

Mereka akan memakai baju baru serta menghidangkan manisan dan makanan-makanan ringan untuk dikongsi bersma ahli keluarga.Pintu masuk rumah mereka turut dihiasi “kolam”(melambangkan penyembahan dewa Lakshimi iaitu dewa kekayaan dan kemakmuran).

Disediakan oleh:
HAIZO BIN TAJUDDIN (207924)

PESTA PONGGAL


Perkataan 'ponggal' adalah bermaksud 'masa menuai'.

'Bhogi' iaitu hari untuk menyembah Dewa Hujan.Dihari ini penganut Hindu akan mengamalkan mandi minyak bijan,sebagai permohonan untuk kehidupan baru yang lebih baik.

'Surya' di khas untuk Dewa Matahari. upacara yang dilakukan pada hari ini ialah memasak beras bersama susu lembu, untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari.

'Mattu' hari yang dikhaskan untuk haiwan lembu.Masyarakat Hindu percaya bahawa lembu ialah binatang suci yang banyak berjasa kepada manusia.



Disedaikan oleh:
Muhammad Naqib Bin Jamaluddin (207609)

HARI THAIPUSAM


Makna
Hari thaipusam merupakan hari yang disambut oleh masyarakat Hindu untuk menghormati Dewa Murugan. Dirayakan pada bulan ‘Thai’ kesepuluh dalam kalender Tamil.

Ia merupakan hari untuk menunaikan nazar iaitu memohon sesuatu kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan maka sesuatu acara akan diadakan sebagai kesyukuran seperti membawa susu dalam belanga yang dijunjung diatas kepala.

Thaipusam juga hari untuk memohon keampunan iaitu Kavadi akan dibawa atau dijunjung yang diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu diatasnya terletak patung dewa Murugan. Ada yang menyiksa diri untuk menunjukkan rasa keampunan mereka.

Disediakan oleh:
MOHAMAD AIZAT (206306)

Kesimpulan

Setelah perayaan-perayaan yang telah diwar-warkan seperti di atas, jelaslah menunjuk bahawa keunikan terunggul di negara Malaysia adalah terdiri daripada berbilang kaum dan bangsanya.

Bak kata perpatah, ‘‘bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’’. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah duduk semeja, berganding bahu, dan bekerjasama tanpa mengira kaum, agama, budaya, dan warna kulit demi masa depan negara yang cerah serta merealisasikan konsep Satu Malaysia bersama-sama.

Satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Disediakan oleh:
OOI CHIAN EIK (206209)